PENGENALAN
Keganasan komunis dan darurat yang berlaku dari tahun 1948-1960 tidak dapat dipisahkan daripada pengkajian dan penghayatan dalam memahami perkembangan negara kita Malaysia. Apakah yang anda fahami mengenai dua perkataan tersebut sebagai seorang rakyat atau warganegara? Lebih-lebih lagi sebagai warganegara yang telah didedahkan dengan pengajian kenegaraan ini? Sebagai jawapannya, sila baca dan hayati sepenuhnya penulisan ini yang bermula dari latar belakang perkembangan ideologi komunis dan terjejasnya kelancaran proses mencapai kemerdekaan akibat daripada berlaku darurat.
Secara umum, perbincangan bab ini berkisar kepada:
(a) Latar belakang kewujudan Parti Komunis di Tanah Melayu yang lebih dikenali dengan nama Parti Komunis Malaya (PKM).
(b) PKM pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
(c) Peristiwa darurat.
(d) Kesan akibat darurat.
Comments
Post a Comment